BELASUNGKAWA
Hilangnya Seorang Raja berjiwa rakyat.
.KISAH SAYA BERSAMA TUANKU.
.Saya pernah mengikuti Mama untuk memenuhi jemputan ke Majlis Bacaan Yassin dan doa selamat di Istana Negara sempena Hari Keputeraan Tuanku suatu ketika dahulu.
.
Pada satu malam Nov 2012, ketika saya berumur 13 tahun. Usai bacaan Yassin dan doa selamat di Surau Istana Negara, semua tetamu bergerak ke Dewan Santapan DiRaja untuk jamuan. Satu pengalaman yang baru bagi saya ketika itu. Berkobar hasrat di dada untuk dapat bersalaman dengan Tuanku.
.
Tiba di Dewan Santapan, semua tetamu sudah berada duduk di kerusi mereka menunggu ketibaan Tuanku Sultan dan Permaisuri untuk mencemar duli. Saya masih ingat lagi, saya duduk di sebelah Mama dan meja kami agak jauh dengan meja Tuanku. Kurang jelas bagi saya yang berbadan kecil untuk melihat ketibaan Tuanku. Oleh itu, saya tunggu sehingga selesai Ayap (makan).
.
Usai majlis santapan, tiba masanya untuk keberangkatan pulang Tuanku. Ramai para tetamu berbaris sepanjang laluan keluar Dewan Santapan DiRaja untuk bersalaman dengan Baginda.
.
Setelah gagal untuk melihat Tuanku secara dekat pada cubaan pertama, maka ketika itu saya tekad terus meluru kehadapan menyelit di celah-celah tetamu yang ramai dengan badan yang kecil. Syukur, saya berjaya menembusi dan berada di hadapan. Orang di sekeliling pelik melihat saya, "budak kecik berbaju melayu lengkap merayap di dalam Istana Raja", mungkin kata hati mereka.
.
Tuanku Sultan lalu di hadapan dan dibelakangnya Tuanku Permaisuri. Sangat gementar dalam hati. Dengan gementar yang meninggi, saya satu langkah kehadapan melebihi barisan orang ramai. Saya mengangkat tangan sembah ke bawah Duli Tuanku, sepertimana yang dilakukan orang lain dengan berkata "Ampun Tuanku". Pada masa itu, hati saya berbisik "Apa aku buat ni?".
.
Tuanku terus memandang saya, dan berkenan menerima sembah saya dengan salam. Dapat juga saya menyentuh tangan Tuanku Sultan akhirnya. Tidak habis begitu, Tuanku Sultan terus memanggil Tuanku Permaisuri. Saya terus tidak keruan.

.
Semua tetamu melihat dan tersenyum. Tuanku Sultan dan Permaisuri terus berangkat lepas. Muka saya merah padam sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
.
Salaman Tuanku tidak akan patik lupa.
Patik merafak sembah takziah






.
Al Mu'tasimu Billahi Muhibbudin
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
AL-FATIHAH
#Belasungkawa #RajaBerjiwaRakyat
Comments
Post a Comment