SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI RAYA

Assalamualaikum Guys, tadi dapat tugasan untuk jadi Emcee sempena Sambutan Hari Raya dekat sekolah pada 21 Julai 2017. Alhamdulillah sudah siap harap bermanfaat untuk uolls. Jangan lupa tinggalkan comment dan share k 😁



SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG  2017



Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia, __________________________________________ Pengetua SMK Hulu Kelang ke dalam majlis.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, ______________________________________, Pengetua SMK Hulu Kelang,

____________________________________________________, Penolong Kanan Pentadbiran,

____________________________________________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

____________________________________________________, Penolong Kanan Kokurikulum,
____________________________________________________, Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya ____________________________________ dan saya ____________________________________________  akan bersama anda sepanjang majlis ini berlangsung.

Bersongkok sampin segak bergaya,
Berbaju kurung anggun jelita,
Ucapan selamat hari raya,
Tangan dihulur maaf dipinta,

Kuih bahulu tradisi kita,
Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di dalam majlis tahunan ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2017.


DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Saudara ________________________________________________ bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amiin, Amiin Ya Rabbal Aamin,
terima kasih kepada Saudara ________________________________________ atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.


UCAP TAMA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya,
Nasi dagang pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Puan pengetua bermadah kata,


Dengan ini , majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia,
________________________________ ,Pengetua SMK Hulu Kelang untuk menyampaikan ucap tamanya.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia,
__________________________________________ , Pengetua SMK Hulu Kelang di atas ucap tama itu tadi.

[Fauzan]
Baiklah kawan-kawan, tentang majlis Rumah Terbuka SMKHK 2017 kita pada hari ini Aries. Selain daripada kita menjamu segala juadah yang telah disediakan, kita juga akan dihiburkan dengan selingan persembahan yang akan disampaikan oleh kawan-kawan kita juga. Untuk maklumat Aries, kita ada 5 buah persembahan antaranya ialah persembahan Nyayian Lagu Raya dan Sketsa Raya.
[Aries]
Hmmm. Baguslah tu kan. Takdalah kita bosan kan..
[Fauzan]
Betul tu Aries.
[Aries]
Haaaa… selain 5 buah persembahan yang Fauzan cakapkan tadi tu, kita juga ada permainan. Sebanyak 3 permainaan atau games yang bertemakan Hari Raya. Apa yang istimewanya tentang games yang kita akan adakan sebentar lagi Fauzan, setiap pemenang pada setiap Games akan membawa pulang hadiah berupa DUIT RAYA !!!!!
[Fauzan]
Betul tu Aries, Antara games yang akan kita adakan ialah Karok Raya, Teka Kuih Raya, dan Wisper Games Raya. Permainan kita akan diselang-selikan dengan persembahan Aries.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DUIT RAYA ANDA…
[Aries]
WOW, Maknanya Fauzan, kita ada 5 persembahan dan 3 permainan. Banyak sangat aktiviti kita pada pagi ini. Elok sangatlah kalau kita mulakan jamuan Rumah Terbuka  kita dulu. Perut Aries pun dah lapar dah ni..
[Fauzan]
Baiklah Aries. Sebelum kita memulakan Jamuan Fauzan ingin menjemput Saudara _______________________________________  Untuk memimpin bacaan doa makan. Dipersilakan.

JAMUAN
Ketupat dianyam penuh beria,
Untuk dijamu saudara dan mara,
Di atas meja biskut tersedia,
Tibalah masa untuk menjamu selera,

Sambil menjamu selera kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Dipersilakan semua guru dan para pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.



PERSEMBAHAN DAN PERMAINAN


Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa,
Sambil berbual nikmati juadah,
Persembahan dan Permainan ceria acara,


PERSEMBAHAN 1
Untuk meneruskan lagi Rumah Terbuka SMKHK 2017 kita pada pagi ini, kita akan dihiburkan dengan persembahan yang pertama. Dipersilakan.
___________________________________________________________________________________ .

Terima kasih diucapkan kepada __________________________.

GAMES 1
Baiklah kawan-kawan, kita akan mulakan Games Raya kita yang pertama pada pagi ini. Jadi saya serahkan majlis kepada___________________________________________, dipersilakan.

Tahniah diucapkan pada pemenang. Kepada kawan-kawan yang ingin ingin sertai Games kita, jangan risau sebab kita ada 2 lagi Games yang akan menyusul sebentar sahaja lagi.
PERSEMBAHAN 2
Tetapi sebelum kita teruskan dengan Games yang seterusnya kita akan dihiburkan dengan persembahan yang kedua oleh _______________________________________________________________________.
Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________ .

GAMES 2
Sekarang kita akan teruskan majlis kita dengan Games yang seterusnya. Jadi saya serahkan majlis kepada _______________________________________________________ , dipersilakan.
Satu permainan yang sangat menghiburkan. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Ingin saya ingatkan bahawa kita berbaki satu permainan sahaja lagi. Jadi kawan-kawan, anda masih berpeluang untuk merebut Hadiah duit raya. Kepada semua kawan-kawan dijemput untuk terus menjamu selera dengan segala juadah yang tersedia.
Suka untuk diingatkan kepada semua kawan-kawan, agar sentiasa menjaga kebersihan sepanjang majlis ini berlangsung. Buanglah sampah ke dalam tong-tong sampah yang telah disediakan untuk memastikan keselesaan kita bersama.

PERSEMBAHAN 3
Untuk memeriahkan lagi Rumah Terbuka SMKHK 2017 kita pada pagi ini, kita akan teruskan dengan persembahan yang seterusnya daripada  ____________________________________________.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada __________________________ di atas persembahan itu tadi.

GAMES 3
Sekarang tibalah masa untuk Game kita yang terakhir. Untuk tidak membuangkan masa, saya menyerahkan majlis ini kepada ___________________________________________ , Dipersilakan.
Tamatlah sudah Permainan yang terakhir kita pada hari ini. Tahniah kepada semua para pemenang. Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk turut serta, InshaAllah boleh mencuba nasib pada lain masa.
PERSEMBAHAN 4
Baiklah kawan-kawan, kita hampir sampai ke kemuncak majlis. Ingin saya beritahu kepada semua kawan-kawan bahawa kita akan ada kejutan pada penghujung majlis ini nanti. Jika ingin mengetahui apakah kejutan itu, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung majlis ini nanti.
Jadi dengan ini kita teruskan majlis dengan persembahan ke-4 yang akan dipersembahkan oleh _____________________________________________________________________, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________ di atas persembahan itu tadi.



THE BEST DRESS ( 6 orang )
Kawan-kawan, saya ada katakan bahawa akan ada satu kejutan pada penghujung majlis kita pada hari ini. Kini sudah tiba masanya untuk saya memberitahu apakah kejutannya. Pihak Penganjur bersetuju untuk memberikan hadiah utama pada hari ini, pada mereka yang mengenakan pakaian Hari Raya tercantik melalui Anugerah The Best Dress.
Pemenang Anugerah The Best Dress dibahagikan kepada dua kategori iaitu The Best Dress Lelaki dan The Best Dress Wanita.
Saringan untuk memilih pemenang bagi anugerah ini telah pun dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung. Untuk menentukan siapakah pemenangnya, tiga yang terbaik dari setiap kategori akan dibawa kehadapan, dan siapa yang mendapat tepukan dan sorakkan tertingi akan bergelar The Best Dress.
Tiga nama terakhir bagi The Best Dress Lelaki dan Wanita sudah pun berada di tangan saya.
Kita mulakan dengan Anugerah The Best Dress Lelaki. Kita menjemput tiga orang lelaki yang Berjaya ke peringkat akhir.




Tiga nama tersebut ialah;-
1) _______________________________.
2) _______________________________.
3) _______________________________.
Tiga nama yang berjaya bagi kategori Wanita pula ialah:-
1) ______________________________.
2) ______________________________.
3) ______________________________.

Baiklah inilah 6 orang yang berjaya keperingkat akhir. 2 antara mereka akan bergelar The Best Dress Lelaki dan Wanita.

PERSEMBAHAN TERAKHIR


Sebelum kita mengumumkan keputusan siapakah pemenangnya, mari sama-sama kita saksikan persembahan yang terakhir pada hari ini. Terimalah persembahan daripada ___________________________________________________________ , dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________ di atas persembahan itu tadi. Demikianlah tadi berakhirnya kesemua 5 persembahan dan 3 permainan.


ANUGERAH THE BEST DRESS
Kini tibalah masanya untuk mengumumkan Pemenang bagi Anugerah The Best Dress sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Dengan sukacitanya saya menjemput ____________________________________________
Dan diiringi oleh _________________________________________untuk menyampaikan hadiah pada para pemenang, dipersilakan.
Pemenang bagi Anugerah The Best Dress Lelaki sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKHK 2017 jatuh kepada ________________________________________________________ .

Pemenang bagi Anugerah The Best Dress Perempuan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKHK 2017 dimiliki oleh __________________________________________________ .




PENUTUP

Tahniah diiucapkan kepada semua para pemenang. Majlis kita sampai ke penghujungnya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa yang bertungkus-lumus dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi memeriahkan majlis ini. Saya mewakili pihak majlis ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Memohon kemaafan pada yang Esa
Semoga terhapus segala dosa

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkirim rindu
Mari lupakan kisah yang silam
Kita buka buku yang baharu

Sekian, Wassalamualaikum wbt daripada saya ____________________________________________ dan
 Saya ____________________________________________  dengan ucapan penuh, Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Sekian, Terima Kasih.


DISEDIAKAN OLEH: FAUZAN HAZIQ AZMAN

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Betulkan perkataan SAMPIN , bukan SAMPING .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UCAP MULA...