Posts

Image
BELASUNGKAWA Hilangnya Seorang Raja berjiwa rakyat. . KISAH SAYA BERSAMA TUANKU . . Saya pernah mengikuti Mama untuk memenuhi jemputan ke Majlis Bacaan Yassin dan doa selamat di Istana Negara sempena Hari Keputeraan Tuanku suatu ketika dahulu. . Pada satu malam Nov 2012, ketika saya berumur 13 tahun. Usai bacaan Yassin dan doa selamat di Surau Istana Negara, semua tetamu bergerak ke Dewan Santapan DiRaja untuk jamuan. Satu pengalaman yang baru bagi saya ketika itu. Berkobar hasrat di dada untuk dapat bersalaman dengan Tuanku. . Tiba di Dewan Santapan, semua tetamu sudah berada duduk di kerusi mereka menunggu ketibaan Tuanku Sultan dan Permaisuri untuk mencemar duli. Saya masih ingat lagi, saya duduk di sebelah Mama dan meja kami agak jauh dengan meja Tuanku. Kurang jelas bagi saya yang berbadan kecil untuk melihat ketibaan Tuanku. Oleh itu, saya tunggu sehingga selesai Ayap (makan). . Usai majlis santapan, tiba masanya untuk keberangkatan pulang Tuanku. Ramai para tetamu ber...

SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI RAYA

Assalamualaikum Guys, tadi dapat tugasan untuk jadi Emcee sempena Sambutan Hari Raya dekat sekolah pada 21 Julai 2017. Alhamdulillah sudah siap harap bermanfaat untuk uolls. Jangan lupa tinggalkan comment dan share k 😁 SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI RAYA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG  2017 Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia, __________________________________________ Pengetua SMK Hulu Kelang ke dalam majlis. Bismillahirrahmanirrahim Yang Berbahagia, ______________________________________, Pengetua SMK Hulu Kelang, ____________________________________________________, Penolong Kanan Pentadbiran, ____________________________________________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ____________________________________________________, Penolong Kanan Kokurikulum, ____________________________________________________, Penolong Kanan Tingkatan Enam. Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, da...

UCAP MULA...

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah, Tempat segalanya berserah dan diserah, The Fauzan Haziq, merupakan satu lagi wadah, untuk aku berkongsi kisah, Cara baru untuk aku release  penat dan lelah, sikit isi manfaat dan ilmiah, agar mereka yang membaca tidak rasa menyampah, ☺☺☺ Di ucap mula ini, semoga Tuhan merahmati dan meredhai segala kisah, InshaAllah, Dengan terkarangnya ucap mula ini, bermulalah segala kisah, haraplah tiada sumpah seranah, Ku mulakan ucap mula ku.. dengan BISMILLAH...